Sensitif adalah satu perasaan utama yang selalu timbul pada naluri perempuan lebih - lebih lagi bila isu keperibadiannya diperkatakan . ( ala... contoh " apalah , nama je perempuan tapi masak pun xreti.." ).
Hati perempuan juga mudah sangat terguris walaupun hanya sesuatu perkara kecil seperti contoh " time korang jeling awek lain ataupun puji perempuan lain cantik " . Gelagat sebilangan wanita yang terlalu sangat sensitif dan yang cepat "terguris" atas dek gurauan rakan - rakan menyebabkan wanita itu menarik muka masam (Tunjuk yang dia 2 jelez la)...Memang perasaan wanita sangat susah untuk diselami apatah lagi untuk mengetahui apa yang terpendam dalam hati mereka

.Bila tiba sesuatu masa..wanita itu akan menangis walaupun dia sendri tidak suka menangis..ini Kerana wanita itu unik
AKU ciptakannya sebagai makhluk istimewa,
AKU kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,
AKU lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,
AKU kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,
AKU teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,
AKU berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,
kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,
Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..
Wanita makhluk kuat,
Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.
Ini lah di katakan “WANITA itu ISTIMEWA”
No comments:
Post a Comment